Monday, December 08, 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014

Hari Anugerah Cemerlang 2014 diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah berkhidmat untuk sekolah dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang

Pada tahun ini, Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 15 November 2014 dan drasmikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Ko-kurikulum Bangsar  Pudu, Cik Rozila bt Iberahim . Program ini dilaksanakan di dewan sekolah yang dihiasi dengan tema Frozen. Kehadiran ibu bapa juga amat menggalakkan dan menepati sarana ibu bapa.

Program ini telah berlangsung dengan meriah dan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua guru, ahli PIBG dan ibu bapa yang bekerjasama menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2014 kali ini.

Sebahagian daripada majlis.


                                       Pentas Utama Majlis Anugerah Cemerlang tema ' Frozen '



                                                 Ucapan tetamu jemputan dan Guru Besar



                                         Sebahagian daripada Ibu Bapa turut menyerikan majlis











Terima kasih ^_^

Tuesday, November 25, 2014

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2014

Sambutan Hari Kanak-kanak telah dijalankan pada 7 November 2014. Sambutan kali ini diberi sedikit kelainan iaitu murid-murid aka memasuki 3 pertandingan secara berkumpulan. Pertandingan pertama MasterChef Junior , diikuti oleh Juruhias Amatur dan Pertandingan Bintang Kecil.

Pembuka tirai majlis dimulakan dengan pertandingan MasterChef Junior. Seramai 6 kumpulan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Disusuli pula dengan pertandingan juruhias amatur dan bintang kecil.

Sebahagian daripada acara pertandingan



Pihak Ibu Bapa dan guru serta AJK PIBG turut sama hadir menyerikan majlis sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah tahun 2014 ini.
Terima kasih ^_^